top of page

Usahawan PERDA: Kursus Perakaunan Syarikat

Kursus Perakaunan Syarikat yang dianjurkan oleh PERDA ini disertai seramai 40 orang peserta dari latar belakang perniagaan yang pelbagai. Kursus ini diadakan pada 9 hingga 11 November 2016 di Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak. Agensi PERDA dengan kerjasama Politeknik Malaysia telah melantik Encik Mohd Hafiz bin Abdul Halim dan Encik Mohd Faizal Bin Jamaluddin sebagai penceramah dan fasilitator jemputan untuk kursus ini.


Secara keseluruhan pelaksanaan aktiviti ini mendapat kerjasama dan maklumbalas yang baik dari para peserta semasa aktiviti diadakan. Peserta aktif berbincang dan bertanya semasa sesi soal jawab untuk keseluruhan slot dan mendapat pemahaman yang lebih jelas setiap kandungan yang dibincangkan. Peserta juga memberi kerjasama dalam sesi latihan dalam kumpulan dan mempunyai semangat kerja pasukan yang tinggi. Semua kumpulan berjaya melalukan sesi pembentangan Penyata Kewangan Syarikat dan mampu untuk menilai prestasi perniagaan masing- masing.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page